GERAKAN politik radikal Melayu merupakan kegiatan yang dominan dan menarik dalam sejarah politik Malaysia, terutama ketika zaman penjajahan British sehingga selepas merdeka. Gerakan ini boleh dianggap sebagai transformasi politik masyarakat Melayu yang begitu terkenal selama ini dengan sikap konservatif dan sentiasa menurut perintah golongan atasan dan raja.

Buku ini cuba memberikan suatu perspektif berdasarkan kajian akademik yang bertanggungjawab terhadap gerakan radikal Melayu sebelum perang sehingga pembentukan Malaysia. Dengan menggunakan rekod-rekod rasmi, akhbar-akhbar sezaman dengannya, temu ramah dan memoir, di samping bahan rujukan sekunder, buku ini cuba melahirkan suatu keseimbangan dalam menelusuri kegiatan golongan radikal.

Buku ini diharap dapat memberikan suatu kronologi dan perkembangan sejarah gerakan golongan radikal Melayu di negara ini. Di samping itu juga, buku ini cuba memberikan interpretasi baharu yang dapat memperkaya lagi horizon pemikiran masyarakat pembaca terhadap kegiatan golongan radikal.

Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi yang mengikuti kursus sejarah Malaysia, para guru dan pelajar sekolah menengah dan peminat sejarah Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1073276
    Visit Today : 412
    This Month : 21529
    Total Visit : 1073276
    Hits Today : 1444
    Total Hits : 4413685
    Who's Online : 9
  • Kategori